Kereta Sewa Sabah | Kundasang, Kota Kinabalu, Semporna, Tawau – DAENG

Kereta Sewa Sabah | Kundasang, Kota Kinabalu, Semporna, Tawau


Mempunyai kereta sewa di Sabah adalah salah satu cara terbaik untuk menjelajahi kawasan ini dengan bebas. 

Dengan kereta sewa, anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi, meneroka pantai yang menakjubkan, dan mengalami budaya tempatan dengan lebih mudah. 

Namun, sebelum memilih kereta sewa, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan. 

Daeng Travel antara agency travel terbesar di Sabah yang menawarkan sekali perkhidmatan sewa kereta di Sabah. 

Mereka menawarkan pakej bajet sewa kereta (day trip) di Sabah terutamanya di daerah Kundasang, Kota Kinabalu dan Semporna. 

Dalam artikel ini kami akan membincangkan kelebihan menggunakan perkhidmatan kereta sewa Sabah bersama Daeng, harga sewa kereta yang ditawarkan dan faktor sebelum menyewa kereta di Sabah. 

Kelebihan Sewa Kereta Sabah bersama Daeng

Setiap perkhidmatan kereta sewa di Sabah dari Daeng disediakan pada harga sewaan yang berpatutan dengan lokasi – lokasi yang menjadi tumpuan pelanggan. 

Antara kelebihan sewa kereta bersama kami adalah:

  • Fleksibiliti dan Kemudahan

Memilih kereta sewa ketika melancong di Sabah adalah pilihan yang ideal bagi para pelancong yang mencari fleksibiliti, keselesaan, dan kebebasan untuk menjelajah dengan santai.

Dengan menyewa kereta anda memiliki kebebasan untuk merancang jadual perjalanan ke Sabah dengan melawat tempat-tempat menarik. 

Anda tidak perlu bergantung pada jadual bas atau teksi. 

  • Penjimatan Kos

Menyewa kereta di Sabah juga membantu anda untuk menjimatkan kos perjalanan anda. 

Cuba anda kira, jika anda travel beramai-ramai, anda boleh share duit sewa kereta dan duit minyak sekali dan ianya jauh lebih murah berbanding anda menggunakan perkhidmatan Grab. 

Salah satu kelebihan utama menyewa kereta bersama Daeng adalah pakej yang ditawarkan sangatlah murah bermula serendah RM100 sahaja. 

Anda juga dapat menguruskan kos bahan api mengikut bajet anda dengan memilih kereta yang jimat penggunaan bahan api. 

  • Servis Berkualiti

Jika anda menggunakan perkhidmatan sewa kereta bersama Daeng, kebanyakan kereta yang bakal anda dapat adalah kereta baru dan kami akan pastikan kereta yang bakal anda dapat bersih luar dan dalam sebelum diserahkan kepada pelanggan. 

Keselesaan anda adalah keutamaan kami. 

  • Pelbagai Pilihan

Kami di Daeng menyediakan pelbagai pilihan kereta untuk keselesaan anda dan keluarga anda. 

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunkan kereta auto atau manual, jenis kereta sama ada MPV atau Sedan dan juga bajet harian anda. 

  • Khidmat Penghantaran

Kami menyediakan khidmat penghantaran sekiranya anda mahu. Kami boleh ambil dan hantar kereta anda di airport dan anda tinggal gunakan kereta sebaik sahaja anda tiba di Sabah.

Penghantaran sewa kereta di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) atau Hotel anda duduk adalah Percuma!

Faktor Sebelum Menyewa Kereta di Sabah 

  • Harga Sewa

Sebelum memilih kereta sewa, tentukan anggaran anda. Berapa banyak yang anda bersedia melabur untuk kereta sewa? 

Tetapkan had anggaran dan cari kereta sewa yang sesuai dengan keperluan anda. 

Elakkan memilih kereta yang terlalu mahal atau terlalu murah, tetapi pilih yang memberikan nilai terbaik untuk wang anda.

Bandingkan juga harga dari pelbagai syarikat sewa kereta untuk memastikan anda mendapat tawaran yang lebih menarik.

  • Saiz dan Jenis Kereta

Pilihlah kereta sewa yang sesuai dengan jumlah penumpang dan keperluan perjalanan anda. 

Jika anda melancong bersama keluarga besar, kereta yang lebih besar seperti MPV atau van mungkin lebih sesuai. 

Bagi perjalanan solo atau berdua, kereta sedan sesuai untuk anda. 

Untuk lihat pelbagai jenis kereta anda boleh klik link sini. 

  • Tempah Awal

Jika anda membuat tempahan awal biasanya akan disertakan diskaun dan mempunyai pelbagai jenis pilihan kereta yang ada. 

  • Insurans Coverage & Rental Agreement

Check jika perkhidmatan sewa kereta menyediakan perlindungan insurans komprehensif untuk kenderaan tersebut atau tidak. 

Ini akan melindungi anda daripada sebarang liabiliti kewangan sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan semasa tempoh sewaan. 

Pastikan ada rental agreement pada kedua belah pihak supaya tiada berlaku salah faham di kemudian hari. 

  • Baca Review & Rating

Sebelum anda booking online, baca review terlebih dahulu dari pengguna lain di media social atau website tersebut. 

Lihat dari segi keadaan kereta, minyak, kebersihan kereta dan customer service mereka.  

Sewa Kereta Sabah Bajet Bersama Daeng 

Sama ada anda melancong seorang diri, bersama pasangan, atau dalam kumpulan, Daeng menawarkan pelbagai jenis saiz kereta dan model kenderaan untuk memenuhi keperluan anda. 

Terdapat pelbagai pilihan sewaan untuk semua orang dari kereta axia hingga SUV dengan harga bermula RM100 sahaja. 

Meneroka Sabah dengan perkhidmatan kereta sewa adalah pilihan terbaik untuk merasai kepelbagaian dan keajaiban alam semula jadi yang ditawarkan oleh negeri Malaysia ini. 

Dengan memilih penyedia penyewaan kereta yang boleh dipercayai, menjalankan penyelidikan menyeluruh dan mematuhi petua yang dinyatakan di atas, anda boleh mengalami perjalanan yang tidak dapat dilupakan. 

Ingatlah untuk memandu secara bertanggungjawab, menghormati budaya tempatan, dan nikmati pengembaraan anda di Sabah!

Layari laman web Daeng Travel untuk melihat pakej-pakej terkini yang ditawarkan bukan sahaja di sabah, malah ada juga di bali, turki dan umrah. 

Klik link di bawah untuk tempah sewa kereta anda dan lihat pelbagai jenis kereta sewa yang ditawarkan oleh Daeng. 

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh Whatsapp kami untuk maklumat lanjut.