kereta sewa sabah murah

Kereta Sewa Kota Kinabalu Serendah RM129!

Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebaik saja tiba di ibu negeri Sabah adalah mencari kereta sewa Kota Kinabalu. 

Mana tidaknya, Kota Kinabalu merupakan sebuah tempat pelancongan yang amat popular di Malaysia. 

Bukan sahaja pelancong luar, malah, rakyat tempatan sendiri pun jatuh hati dengan keindahan flora dan fauna di tempat ini. 

Sebut saja ibu negeri Sabah ini, sudah pasti ada yang membayangkan air laut yang jernih, pilihan makanan laut yang unlimited dan segar, langit cerah, dan landscape yang menghijau. 

Senang cerita, tempat hotspot seperti Sabah memang terbaik untuk diluangkan bersama seisi keluarga, rakan-rakan dan honeymoon. 

Untuk memudahkan hari percutian, anda dinasihatkan untuk mencari kereta sewa Kota Kinabalu.

Jadi, anda boleh meronda di Kota Kinabalu dan melawat tempat-tempat yang menarik dengan lebih selesa dan mudah. 

Nak tahu info mengenai kereta sewa Kota Kinabalu, anda kena baca artikel ini sehingga tamat. 

Tips Periksa Kereta Sewa Kota Kinabalu 

Pergi bercuti memang seronok. Tetapi, ada beberapa faktor yang boleh merosakkan vacation mood anda, seperti kereta sewa rosak. 

Kereta sewa rosak ini tidak terhad pada keadaan luaran kenderaan. Ia juga merujuk kepada keadaan “isi dalaman”, contohnya: 

  • Enjin kenderaan. 
  • Keluasan di dalam kereta (ini amat penting untuk mereka yang bercuti secara berkumpulan). 
  • Penghawa dingin. 
  • Lampu (termasuk signal) kereta, 
  • Dan lain-lain. 

Jika salah satu daripada keadaan kereta di atas ini tidak berfungsi, ia boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa. 

Jadi, apa yang anda perlu lakukan ketika cari kereta sewa Kota Kinabalu? 

  • Semak jenis sewaan kereta 

Tahukah anda bahawa terdapat syarikat yang mengenakan caj tambahan sekiranya anda memandu melebihi had kilometer? 

Ya, masih ada ya syarikat kereta sewa yang berbuat demikian. 

Oleh itu, sebelum anda menempah kereta sewa, pastikan anda membaca maklumat tempahan kereta sewa dengan teliti. 

Ataupun, anda boleh bertanya kepada petugas yang menawarkan perkhidmatan ini. 

Kebiasaannya, syarikat kereta sewa akan mengenakan caj tambahan kepada penyewa bagi setiap 10 km yang melebihi had yang telah ditetapkan. 

Lebih merisaukan sekiranya ada syarikat yang ingin scam anda. 

Bagi keadaan seperti ini, pastikan anda mengambil dahulu gambar pada meter dashboard dan berikan kepada petugas berkenaan sebagai bukti. 

  •  Semak keadaan kereta sewa 

Selain daripada senarai bahagian kenderaan kereta di atas, anda boleh lakukan semakan pada bahagian  yang lain. 

Contohnya, hon, pengelap (car wiper), minyak hitam, angin tayar, dan keadaan tempat duduk. 

Ketika anda menerima kereta sewa, anda dinasihatkan untuk meluangkan masa antara 5-10 minit untuk memeriksa keadaan keseluruhan kereta. 

Jika anda mengabaikan tips ini, masa percutian anda akan terbuang dan ia turut boleh membahayakan nyawa orang tersayang. 

Jadi, jangan pandang remeh terhadap perkara seperti ini, ya. 

  •  Jangan lupa check tangki minyak 

Perkara yang sering dilupakan oleh penyewa kereta adalah memeriksa tangki minyak.

Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa syarikat kereta sewa yang menawarkan tangki minyak penuh. Jika anda menjumpainya, masa bercuti anda akan lebih jimat! 

Anda boleh memandu kereta tersebut ke tempat penginapan atau menikmati makanan lokal di kawasan pelancongan. 

Namun begitu, ada juga yang menawarkan sebalik. 

Pastikan anda periksa pada meter petrol dan jika garis menghampiri pada simbol E, anda perlu mengisi minyak terlebih dahulu. 

Anda boleh mendapatkan tunjuk arah daripada petugas atau membuat carian di Waze ataupun Google Maps. 

Tetapi, anda diingatkan untuk mematikan enjin terlebih dahulu agar tidak membazirkan “sisa baki” minyak kereta yang ada. 

Hal ini kerana anda berada di tempat asing. Jadi, anda dinasihatkan untuk “mengkaji” dahulu stesen minyak yang berdekatan sebelum memulakan perjalanan. 

  •  Ada barang asing di dalam kereta sewa? 

Jika anda terjumpa barang di dalam kereta sewa, pastikan anda memulangkannya kepada syarikat atau petugas kereta sewa. 

Dengan berbuat demikian, anda tidak akan disyaki terlibat dengan perkara-perkara yang membahayakan. 

Jika anda mendapati ada barang asing ketika dalam perjalanan ke stesen minyak atau tempat penginapan, anda perlu menangkap gambar barang tersebut. 

Kemudian, hubungi syarikat atau petugas untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti tempat perjumpaan untuk memulangkan barang tersebut. 

Di Mana Boleh Dapatkan Kereta Sewa Kota Kinabalu? 

Percaya atau tidak, anda boleh dapatkan kereta sewa kota kinabalu dengan harga serendah  RM129/ hari di Daeng Travel? 

Kalau baca sahaja, anda mungkin rasa mahal dengan harga sebegitu. Lebih-lebih lagi, jika anda tidak tahu jenis kereta yang bakal disewa. 

Untuk harga serendah RM129/ hari, anda boleh menyewa kereta Perodua Axia. Menariknya, kereta ini boleh membawa 5 orang (termasuk pemandu). 

Apabila dikira-kira, seorang penumpang hanya perlu berbelanja antara RM25-Rm26 sahaja. Tetapi, kekurangan kereta ini adalah ia tidak boleh menampung isi barangan yang berat. 

Jadi, anda dinasihatkan untuk membawa, sama ada hand luggage atau menyusun pakaian dan barangan keperluan anda dengan bijak. 

Anda boleh dapatkan tips packing pakaian dan barang keperluan di aplikasi TikTok.

Jangan risau. Di Daeng Travel, anda diberi pelbagai pilihan kereta sewa. 

Berikut adalah antara jenis-jenis kereta sewa Kota Kinabalu yang ditawarkan di Daeng Travel:

Jenis Kereta Sewa

Contoh Kereta Sewa

Kapasiti 

Harga (RM) 

Compact 

Perodua Axia 

5 orang penumpang, 1 bagasi

RM129/hari 

Perodua Myvi 

5 orang penumpang, 2 bagasi 

RM159/hari 

Sedan

Perodua Bezza

5 orang penumpang, 3 bagasi

RM149/hari

Proton Saga 

5 orang penumpang, 3 bagasi

RM139/hari

Proton Persona

5 orang penumpang, 3 bagasi

RM189/hari

MPV

Perodua Alza

6 orang penumpang, 1 bagasi 

RM219/hari

Proton Exora

6 orang penumpang, 2 bagasi

RM229/hari

Toyota Innova 

8 orang penumpang, 2 bagasi

RM329/hari

Hyundai Grand Satrex 

10-12 orang penumpang, 2 bagasi 

RM449/hari

Toyota Vellfire 

6 orang penumpang, 3 bagasi 

RM1000/hari

Toyota Hiace 

10 orang penumpang, 2 bagasi 

RM359/hari 

Nissan NV350 Urvan 

14 orang penumpang, 2 bagasi

RM369/hari 

4×4 

Toyota Fortuner

8 orang penumpang, 3 bagasi

RM549/hari

 

Selain daripada senarai harga dan kapasiti yang diberikan ini, anda boleh lawati laman web ini untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi setiap kereta sewa mengikut bilangan penumpang dan barang-barang. 

Selain daripada harga yang berbaloi, perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu di Daeng Travel ini juga mempunyai beberapa kelebihan. 

Antaranya: 

  • Harga yang kami nyatakan tidak mempunyai caj tersembunyi. Harga yang tertera ialah jumlah yang perlu dibayar.
  • Harga kereta sewa ini sudah termasuk dengan insurans, penghantaran kenderaan di lapangan terbang, dan juga bantuan di tepi jalan (waktu beroperasi adalah 24 jam). 
  • Pembayaran boleh dilakukan secara online banking dan kredit kad. Jangan risau, syarikat kami menerima kebanyakkan kredit kad. 
  • Anda boleh membuat pembayaran deposit sebanyak 15%. Manakala, jumlah selebihnya perlu diselesaikan ketika pengambilan kereta. 
  • Anda hanya perlu menyediakan kad pengenalan dan lesen memandu (bagi warganegara Malaysia), manakala passport dan lesen memandu antarabangsa (bagi bukan warganegara Malaysia). 

Mudah saja nak tempah kereta sewa Kota Kinabalu bersama Daeng. 

Jika anda berminat, anda boleh hubungi petugas Daeng Travel untuk menempah kereta sewa. 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

kereta sewa sabah murah

Sabah Car Rental Near Airport

Sebelum anda pergi bercuti di Negeri Bawah Bayu, anda digalakkan untuk membuat carian Sabah car rental near airport di Google.  Lebih-lebih lagi jika anda tidak