Sebelum anda pergi bercuti di Negeri Bawah Bayu, anda digalakkan untuk membuat carian Sabah car rental near airport di Google.
Lebih-lebih lagi jika anda tidak terbiasa dengan selok-belok jalan di Sabah. Mungkin ada yang terfikir untuk mencari tour guide apabila tiba di sana.
Sudah tentu anda boleh dapatkan servis tour guide yang terbaik. Tetapi, jika anda inginkan percutian yang lebih private, bukankah lebih bagus jika anda menyewa kereta?
Bukan itu sahaja, anda juga boleh melawat tempat-tempak menarik di Sabah dengan lebih tenang dan tidak perlu tergesa-gesa.
Situasi ini bertepatan dengan kata-kata orang Barat; let your hair down yang bermaksud nikmati waktu rehat ketika kita berada di sesuatu kawasan yang nyaman.
Untuk “mendapatkan” percutian yang terbaik, jom baca artikel ini dan ketahui 4 sebab anda perlu dapatkan Sabah car rental near airport.
4 Sebab Anda Perlukan Sabah Car Rental Near Airport
Gunakan masa bercuti dengan sebaiknya
Memang tidak dinafikan, perkhidmatan e-hailing seperti Grab, Socar, dan lain-lain sudah menjadi satu perbuatan yang lumrah.
Tetapi, apabila anda sedang bercuti di negeri popular seperti Sabah, anda mestilah nak enjoy pemandangan alam semulajadi, betul?
Mana tidaknya, Sabah merupakan salah sebuah negeri yang sering menjadi tumpuan dan tarikan orang ramai. Maksud orang ramai di sini bukan sahaja pengunjung dari negara luar.
Orang Malaysia sendiri pun jatuh hati dengan keindahan dan kecantikan landscape di Sabah.
Ini umpama anda berebut tempat hotshot dengan beribu pengunjung!
Lagipun, bukan selalu anda melawat Sabah. Walaupun anda orang Malaysia, mungkin ini kali pertama anda menjejakkan kaki di negeri ini.
Jadi, apa kata anda gunakan masa bercuti dengan sebaiknya sambil menikmati keindahan di Negeri Bawah Bayu?
Dengan menggunakan perkhidmatan kereta sewa, anda boleh meronda sepuas-puasnya!
Anda tidak perlu bersiap cepat, boleh singgah membeli-belah di lokasi yang menarik, dan sambung perjalanan dengan senang.
Lebih murah
Siapa kata perkhidmatan kereta sewa lebih mahal dari e-hailing?
Cuba anda bayangkan, anda sedang bercuti di Sabah. Sudah tentu anda ingin melawat tempat-tempat menarik seperti pulau untuk melakukan aktiviti menyelam.
Tetapi, anda perlu menempah kenderaan e-hailing untuk pergi dan pulang dari lokasi berkenaan. Jika harganya tetap (fixed), tidak apalah.
Namun, harga perkhidmatan e-hailing berubah mengikut masa, demand, dan juga cuaca.
Lebih merisaukan jika anda perlu menunggu lama dalam keadaan yang penat.
Jika anda menyewa kereta, anda boleh pergi dan pulang dari mana-mana lokasi dengan lebih cepat.
Soal harga pula, jangan risau.
Anda boleh survey dahulu Sabah car rental near airport, misalnya, untuk lihat harga yang ditawarkan bagi sesebuah kereta.
Contohnya, Daeng Travel ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga serendah RM129/ sehari bagi Myvi.
Anda yang pergi bercuti di Sabah bersama rakan-rakan atau ahli keluarga, anda boleh bahagikan harga tersebut mengikut jumlah penumpang.
Kan lebih mudah begitu?
Apabila dibandingkan dengan perkhidmatan e-hailing yang tidak tentu harganya, sudah pasti kereta sewa adalah pilihan yang terbaik!
Perjalanan lebih lancar
Apabila anda bercuti di negeri orang (bukan negeri sendiri ya), sudah pasti anda inginkan perjalanan yang lancar.
Dengan adanya kereta sewa, anda boleh pergi kemana-mana tempat menarik di Saah tanpa perlu risau cuaca dan jarak.
Lagi-lagi jika anda seorang kaki shopping, gemar aktiviti lasak atau ingin melawat lokasi unik.
Selain daripada aktiviti menyelam di pulau-pulau seperti Manukan atau Mabul, anda juga boleh mempelajari budaya unik yang diamalkan oleh sesuatu kaum di Kampung Budaya Mari Mari.
Lebih mudah
Jika anda dapatkan Sabah car rental near airport, ia bantu untuk menjimatkan masa dan tenaga anda.
Jika anda menyewa kereta sewa, anda hanya perlu masukkan bagasi atau hand luggage ke dalam bonet kereta, dan pandu ke destinasi yang seterusnya.
Kalau tidak, anda perlu menunggu atau mencari tour guide di lapangan terbang.
Dalam situasi dan tempat yang ramai orang keluar dan masuk, pasti anda terpinga-pinga.
Sabah Car Rental Near Airport Bersama Daeng Travel
Dengan adanya kereta sewa, perjalanan ketika bercuti menjadi lebih mudah, cekap, dan lancar.
Jadi, jika anda sedang mencari perkhidmatan Sabah car rental near airport, anda boleh lawati laman web Daeng Car Rental!
Lagi-lagi anda yang ingin tiba di hotel dengan cepat, selamat, dan lebih private.
Di Daeng Travel, anda boleh memilih pelbagai jenis kereta mengikut bilangan penumpang dan barang seperti Compact, Sedan, MPV, dan 4×4.
Berikut merupakan antara jenis kereta yang available di Daeng Travel:
Jenis Kereta Sewa | Contoh Kereta Sewa | Kapasiti | Harga (RM) |
Compact | Perodua Axia | 5 orang penumpang, 1 bagasi | RM129/hari |
Perodua Myvi | 5 orang penumpang, 2 bagasi | RM159/hari | |
Sedan | Perodua Bezza | 5 orang penumpang, 3 bagasi | RM149/hari |
Proton Saga | 5 orang penumpang, 3 bagasi | RM139/hari | |
Proton Persona | 5 orang penumpang, 3 bagasi | RM189/hari | |
MPV | Perodua Alza | 6 orang penumpang, 1 bagasi | RM219/hari |
Proton Exora | 6 orang penumpang, 2 bagasi | RM229/hari | |
Toyota Innova | 8 orang penumpang, 2 bagasi | RM329/hari | |
Hyundai Grand Satrex | 10-12 orang penumpang, 2 bagasi | RM449/hari | |
Toyota Vellfire | 6 orang penumpang, 3 bagasi | RM1000/hari | |
Toyota Hiace | 10 orang penumpang, 2 bagasi | RM359/hari | |
Nissan NV350 Urvan | 14 orang penumpang, 2 bagasi | RM369/hari | |
4×4 | Toyota Fortuner | 8 orang penumpang, 3 bagasi | RM549/hari |
Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Sabah car rental near airport bersama Daeng Travel?
- Harga yang dinyatakan tidak mempunyai caj tersembunyi. Harga yang tertera ialah jumlah yang perlu dibayar.
- Harga kereta sewa ini sudah termasuk dengan insurans, penghantaran kenderaan di lapangan terbang, dan juga bantuan di tepi jalan (waktu beroperasi adalah 24 jam).
- Pembayaran boleh dilakukan secara online banking dan kredit kad. Jangan risau, syarikat Daeng Travel menerima kebanyakkan kredit kad.
- Anda boleh membuat pembayaran deposit sebanyak 15%. Manakala, jumlah selebihnya perlu diselesaikan ketika pengambilan kereta.
- Anda hanya perlu menyediakan kad pengenalan dan lesen memandu (bagi warganegara Malaysia), manakala passport dan lesen memandu antarabangsa (bagi bukan warganegara Malaysia).
Anda inginkan percutian yang lancar?
Jangan lupa dapatkan perkhidmatan kereta sewa bersama Daeng Travel!